TAPAK SEMAIAN AR-RAWAASI


LATAR BELAKANG

 

Penubuhan tapak semaian merupakan satu projek jangka panjang yang dijalankan oleh Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPKSB) selaras dengan komitmen syarikat untuk melaksanakan usaha-usaha pembangunan, pemulihan dan penghutanan semula. Melalui khidmat nasihat teknikal dari pihak Universiti Putra Malaysia (UPM), sebuah tapak semaian seluas 6 hektar bertempat di Kem Meranto telah mula dibina pada Oktober 2001. Ia kemudiannya dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 April 2002 dan dinamakan sebagai Tapak Semaian ar-Rawaasi.
 
Secara wawasannya, Tapak Semaian ar-Rawaasi ini mampu menampung satu juta anak pokok dalam satu masa dan mempunyai kepelbagaian kategori iaitu spesis tempatan (indigenous), spesis cepat tumbuh, herba ubatan, pokok buah-buahan, tanaman hiasan landskap dan sebagainya. Pada peringkat awal ini, penyediaan stok tanaman masih tertumpu kepada spesis tempatan di mana setakat ini 300,000 anak pokok telah berjaya disediakan.

Semua stok tanaman akan menjalani proses pengerasan (hardening) secara berperingkat bagi menghasilkan stok yang berkualiti dan tahan lasak. Beberapa Rumah Teduhan yang mempunyai kadar telusan cahaya yang berbeza disediakan bagi menempatkan stok tanaman tersebut. Satu kelainan yang terdapat di tapak semaian ini ialah Kawasan Naungan Semulajadi yang dibina di bawah lindungan pokok besar di sebuah lereng bukit dalam kawasan tapak semaian ini.

 

Senario Tapak Semaian Ar-Rawaasi

 

Kandungan

  
Latar Belakang
Lokasi
Stok Anak Pokok
Hubungi Kami
  

 

Pintu Gerbang

ke Tapak Semaian

 

Kawasan Naungan Semulajadi

 

Deretan Anak Pokok

Di Bawah Rumah Teduhan

 

 


Latar Belakang Lokasi Stok Anak Pokok Hubungi Kami